Wednesday, October 19, 2011

ulama vs pemimpin

Yep....aku nih bukan golongan orang alim dan xde kepentingan dalam mana2 parti politik...tapi aku sangat2 ingin mencurahkan pendapat aku yang x seberapa ni tentang isu ini.....Kat Malaysia nih....para ulama berlumba-lumba nak jd pemimpin....aku teringat kisah2 yang aku baca dulu...bila ulama sampai di ugut bunuh kerana xmahu mengisi jawatan dalam kerajaan....sgt2 ironi dengan apa yang berlaku sekarang.....Ulama dahulu sangat berani menegur kepincangan pemimpin tetapi sangat takut untuk jadi pemimpin kerana diorang tahu...yang tugas pemimpin itu sangat berat.....cukuplah sekadar menegur cacat cela supaya boleh dibaiki kecelaannya....Ulama zaman sekarang ini pula berfikiran lain..."kalau kerajaan xbetul..biar aku je yang jadi pemimpin....aku lebih layak..."
Ye..memang pada zaman dahulu segala ceramah, segala majlis ilmu, segala mesyuarat pimpinan, mesyuarat ekonomi di buat di masjid....masjid dan surau lah pusat ekonomi dan informasi orang2 islam.....dan masa berlalu....pemimpin mula bermesyuarat di balai rong seri dgn pegawai2 dan penasihat2 agama mereka....masjid masih lagi pusat komuniti...tetapi hal2 ekonomi, penguatkuasaan undang-undang dan pentadbiran sudah pindah ke istana.....kenapa???? selepas nabi wafat...penggantinya adalah sahabat2 baginda...bila kebanyakannya sudah tiada....umat berpecah....dalam masa xsampai suku abad..inikan kita yang sudah 1 kurun lebih berlalu selepas kewafatan nabi..sedangkan saidina Osman Al-Affan pun kena assasinate....pewaris2 darah daging nabi menerima nasib yang sama....selepas itu bermula la pemerintahan monarki dalam islam dari keturunan bani Abas hingga rampasan kuasa ke keturunan bani Muawiyah...dan sampai ke kegemilangan turki uthmaniah (ottoman)...setandingkah mereka ini dengan nabi? tentu tidak...tetapi jahat kah mereka ini atau tidak layakkah mereka memimpin rakyat? tidak semua.....ada antara khalifah ini yang memang baik dan adil walaupun bukan dari darah daging ulama....
Ulama dulu perlu di cari untuk mendapat tunjuk ajar...ada sesetengahnya duduk bersembunyi jauh dari masyarakat....memberi ilmu pada orang yang mecari....ulama sekarang....walaupun xsemua begitu , xpayah kita nk cari...dia yang ligat mencari pengikut... semakin tinggi ilmu agama, semakin hebat godaan syaitan terhadap diri mereka...sampai ada yang merasa mereka lah yang terbaik, terpuji dan dicintai tuhan. Orang yang tidak sealiran dilaknati tuhan...Apa beza ulama2 ini dengan Pope dan Rabbi???..Riak dan takbur kerana rasa mereka insan disayangi tuhan dan agama mereka yang terbaik. Ulama dulu menegur pemimpin....halus bahasanya....dalam maksudnya.....tegurnya secara berdepan...tidak di belakang, tidak di dalam blog, tidak di dalam majlis ilmu, sebab sejahat2 pemimpin itu, maruah mereka harus di jaga....lagipun bercerita tentang kesalahan pemimpin n menyampaikan cerita keburukan pemimpin kepada rakyat secara terang-terangan sama je seperti mengumpat...perangai munafiq.....mcm ..abdullah bin Ubai http://www.pinggiranusj.net/t305-awasi-jebak-dari-keturunan-abdullah-bin-ubai-bin-salul......
Ramai ulama yang baik dan dihormati ada dekat Malaysia ni, yang berani, yang cerdik dan berseni kata-katanya.....yang tinggi ilmu agama nya..yang bertauliah....ulama ini yang patut kita sanjung, kita ikut...ulama ini tak akan meminta wang dari kita, tidak meminta kita bersangka buruk pada orang lain...dan tidak menyesatkan kita.Janganlah kita cepat terpedaya dengan ulama segera yang datangnya bersaa pakej parti politik ataupun...ajaran2 yg bertentang dengan ajaran2 yang ada sekarang.....selagi perkara itu tidak memudaratkan...ikut lah....xmati kalau kita x jadi syiah....kita tetap orang islam....
Pemimpin yg jahat itu memanglah nampak jahatnya...ulama yang jahat lebih berbahaya...umpama api dalam sekam....hidup jangan terlalu taksub....